Penjagaan Kaki Bagi Pesakit Diabetes

Langkah 1: Basuh kaki anda dengan menggunakan sabun terutama di celah-celah jari kaki setiap hari.
DiabetesLangkah 2: Keringkan kaki dengan  tuala bersih dan lembut terutama di celah-celah jari kaki.
DiabetesLangkah 3: Sapukan losen pelembab supaya kulit anda lembut KECUALI di antara celah-celah jari.
Diabetes
Langkah 4: Urut kaki anda termasuk celah-celah jari kaki dengan kerap menggunakan jari anda secara perlahan-lahan
diabetes
Langkah 5: Gunakan sarung kaki jenis kapas supaya dapat menyerap peluh dan kering. Jangan pakai sarung kaki yang terlalu ketat kerana ianya boleh menghalang peredaran darah kaki anda. Sentiasa pakai sarung kaki yang bersih dan tukar setiap hari.
Diabetes
Langkah 6: Elakkan berkaki ayam di dalam rumah dan di luar rumah bagi mengelakkan kaki anda terpijak benda tajam atau panas.
Diabetes
Langkah 7: Pilih kasut yang lembut dan menutup kaki anda serta saiz yang sesuai.
Diabetes
Langkah 8: Lakukan pemeriksaan teliti sebelum menyarung kasut atau apa-apa kepada kaki anda untuk mengelakkan bahan yang boleh mencederakan kaki anda.
Diabetes
Langkah 9: Potong kuku jari kaki secara lurus dan tidak terlalu pendek. Jangan bulatkan bahagian tepi tetapi kikis pinggir kuku agar tidak tajam. Gunakan pengetip kuku untuk memotong kuku dan bukan peralatan tajam yang lain.
Diabetes
Langkah 10: Jangan rendam kaki anda lebih dari 5 minit. Gunakan air suam.
Diabetes
Langkah 11: Jangan duduk menyilang kaki untuk masa yang lama.
Diabetes
Langkah 12: Periksa kaki anda dengan teliti setiap hari di tempat  yang terang. Periksa di celah-celah jari dan tapak kaki. Gunakan cermin jika perlu atau meminta bantuan orang lain. Periksa di celah-celah jari dan tapak kaki untuk mengesan:
  • Rekahan pada kulit
  • Calar
  • Kudis/Bisul
  • Bengkak
  • Luka
  • Lepuh
  • Perubahan warna kulit
  • Kematu(callus/corns/tinec)
Langkah 13: Luangkan beberapa minit sehari untuk berbaring atau duduk dengan meletakkan kaki di aras lebih tinggi daripada badan.
Diabetes
Hati-Hati!!
Selain dari komplikasi pada kaki, anda juga mudah mendapat komplikasi yang berbahaya seperti Strok(Angin Akhmar), Serangan Jantung, kerosakan buah pinggang dan buta. Anda perlu bertindak bijak, mengawal diabetes sebaik mungkin.

Gula penyebab mati pucuk

Gula adalah salah satu punca utama lelaki mati pucuk. Ianya merupakan penyebab utama  yang kerap dihadapi oleh sebilangan lelaki yang menghidap diabetes. Dianggarkan lebih 50% dikalangan lelaki yang menghidap diabetes mengalami mati pucuk. kajian saintifik menunjukkan bahawa lelaki yang menghidap diabetes adalah tiga kali ganda berkemungkinan mendapat mati pucuk berbanding lelaki yang sihat.
Aras gula yang tinggi di dalam peredaran darah boleh mengakibatkan kerosakkan saraf serta salur darah yang terlibat dalam proses penegangan zakar. Seseorang pesakit diabetes berfikiran sudah bersedia untuk melakukan hubungan seks bersama pasangan, tetapi maklumat tersebut tidak dapat disampaikan oleh otak ke bahagian tertentu (zakar). Demikian lah punca zakar anda gagal untuk menegang dan menjadi keras disebabkan oleh aras gula atau glukosa yang tinggi. Tanda-tanda lain yang menunjukkan kerosakan saraf adalah:
  1. Sukar untuk mengawal kencing
  2. Salur dan pundi kencing mudah dijangkiti atau mendapat jangkitan
  3. Degupan jantung menjadi laju secara tiba-tiba
  4. Menghadapi masalah penghadaman
  5. Mudah kebung perut, loya & muntah
  6. Terasa pitam apabila bangun dengan cepat
Diabetes juga boleh menyebabkan komplikasi yang lain, seperti penyakit jantung  yang boleh mengakibatkan saluran darah menjadi sempit dan tersumbat. Masalah Ini boleh menyebabkan kurangnya peredaran darah ke bahagian zakar dan secara tidak langsung zakar sukar untuk menegang dan menjadi keras.
Apabila paras glukosa dalam darah menjadi tinggi, secara tidak langsung ia akan menghalang rembesan satu bahan kimia yang dipanggil nitrik oksida. Aras nitrik oksida yang rendah akan menghalang proses ereksi kerana peredaran darah ke bahagian zakar menjadi kurang.
Lebih lama anda menghidap diabetes makin tinggilah untuk anda mati pucuk. 

sumber:http://
bit.ly/JgxbLF

Ubat Hospital adalah punca terjadinya mati pucuk, baca: --->


slidesha.re/1c9T59T

Diabetes punca utama mati pucuk, baca: -->
 
bit.ly/1g5p7c6

Doa rawat mati pucuk, baca: --> http://bit.ly/K8VITH

Punca mati pucuk, baca: --> http://bit.ly/19sdWuG



Diet Untuk Diabetes

Diabetes yang tidak terkawal akan mengakibatkan komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, masalah penglihatan, kerosakan urat saraf dan masalah jangkitan. 

Sehubungan itu, pengurusan perubatan serta kawalan pemakanan serta senaman yang betul amat penting pagi golongan yang menghidapi penyakit ini. 

Penghidap diabetes perlu mengawal pemakanan bagi memastikan perkara aras gula dalam darah, serta aras lemak dan kolestrol dalam julat normal dan tekanan darah kurang atau sama, iaitu 130/80mmHg. 

Penghidap diabetes juga harus memastikan pengambilan udat mengikut jadual, selain rajin bersenam.

Penghidap diabetes perlu mengelakkan karbohidrat ringkas (seperti gula putih, glukos, jem, madu, susu pekat manis, sirap, coklat dan kaya) kerana ia akan meningkatkan aras gula darah dengan cepat.IMG 0016eo

Penghidap sebaliknya digalakkan mengamalkan kabohidrat kompleks (seperti nasi, mi, laksa dan roti) kerana ia akan meningkatkan aras gula darah secara perlahan dan kebiasaannya mengandungi serat. 

Bagaimanapun penghidap diabetes perlu menyukat dan mengawal pengambilan kabohidrat komplek berkenaan sepanjang hari untuk mengawal aras gula darah dengan baik. 

Anda boleh menyukat pengambilan karbohidrat berkenaan seperti berikut:





Bijiran dan hasil bijirinSaiz dicadangkan

Nasi (beras putih/ perang)/ mihun/ sohoon/ kuetiau/ macaroni/ spaghetti/ oat masak½ cawan

Mi basah1/3 cawan

Bubur nasi1 cawan

Capati1/3 keeping

Tosei½ keping

Idli/putu mayam/bun kosong/roti1 keping

Oat mentah/tepung (atta, beras, gandum)3 sudu makan

Biskut cream cracker3 keping





Sayuran berkanjiSaiz dicadangkan

Ubi kentang1 biji

Ubi keladi/ubi keledek/ubi kayu/ sukun/ jagung (biji)/ kentang putar1/2cawan

Jagung1 tongkol

Labu merah1 cawan

Sengkuang cina4 biji





Kacang dan kekacangSaiz dicadangkan

Kacang pis (masak)½ cawan

Kacang kuda/dal kuning (masak)3 sudu

Kacang hijau/merah/hitam (masak)2 sudu

Papadom (kecil)9 keping

Kacang panggang (tin)1/3 cawan









Buah-buahanSaiz dicadangkan

Epal/pir/oren/ belimbing/pic/ pisang kaki/ ciku/ kiwi1 biji

Betik/nenas/tembikai/tembikai susu1 potong

Jambu batu/mangga½ potong

Pisang1 biji

Duku/langsat/longan/anggur8 biji

Prun/kurma/manggis2 biji

Cempedak/Nangka4 ulas

Durian2 ulas

Rambutan/laici4 biji

Kismis1 sudu




Penghidap diabetes juga disaran mengambil makanan protein secara sederhana (2-3 hidangan sehari). Mereka digalakkan memilih masakan protein kurang lemak seperti ikan (1 ekor sederhana), tempe/tahu ( 1 ½ keeping), ayam tanpa kulit (1 peha) dan daging kurang lemak (2 kotak mancis).

jagung.resz

Pengambilan susu juga digalakkan untuk penghidap diabetes. Mereka digalakkan minum secawan susu segar UHT atau susu rendah lemak. Ataupun jika susu tepung skim/susu tepung penuh krim/rendah lemak, pastikan anda tidak mengambil lebih daripada empat sudu. Jika anda lebih menggemari susu sejat cair, hanya ½ cawan dibolehkan sementara yogurt rendah lemak pula disyorkan cuma ¾ cawan. 

Pengambilan lemak perlu dikurangkan, terutamanya lemak tepu seperti minyak sapi, santan, krim, minyak kelapa, mentega dan mayonis. Pengambilan lemak berlebihan akan menyebabkan peningkatan berat badan, tekanan darah, aras lemak dan gula darah.

asparagus

Selain itu penghidap diabetes digalakkan mengambil serat sebanyak tujuh hidangan setiap hari. Pengambilan makaanan tinggi serat membantu mengawl aras gula darah dan kolestrol di samping dapat mengurangkan masalah sembelit.

Sumber:

http://jurnalmalaysia.com/index.php/info-sihat/157-diet-untuk-diabetes

Sumber:

http://kencingmanis1001.blogspot.com/2012/10/diet-untuk-diabetes.html


Panduan Kurangkan Pemakanan Gula

Panduan Menjaga Kesihatan 

Seringkali kita menggambarkan gula sebagai gula pasir atau gula merah yang dijual di kedai-kedai.

Hakikatnya, gula juga terdapat dalam gula mentah, madu, sirap jagung dan sirap pekat. Dari segi kimia, gula boleh hadir dalam bentuk glukosa, sukrosa, dektrosa, laktosa, fruktosa dan maltosa. Gula pasir terdiri daripada 100 peratus sukrosa.

Secara semula jadinya, gula wujud secara semula jadi dalam beberapa jenis makanan, contohnya buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu.

Sebaliknya, gula yang hadir secara tersembunyi yang ditambah pada makanan semasa memproses dan menyediakan makanan di rumah. Contohnya, minuman kordial, minuman bergas, minuman bergula, gula-gula serta kuih-muih tradisional.

Gula terhasil dari proses makanan berkarbohidrat di dalam badan. Ini bermakna kita tidak memerlukan gula tambahan.

Terdapat dua masalah kesihatan utama akibat pengambilan gula berlebihan seperti:

Menyebabkan kegemukan. Kegemukan merupakan satu risiko yang berkait rapat dengan diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung.

Menyebabkan terjadinya karies gigi (kerosakan gigi). Setiap kali anda meminum atau memakan makanan yang mengandungi gula, bakteria yang terdapat pada permukaan gigi anda akan menggunakan gula ini untuk menghasilkan asid. Jika dibiarkan, asid ini akan merosakkan gigi anda.

Keperluan gula dalam sehari

Secara purata sebanyak 24 sudu teh (120 gram) gula termasuklah gula tersembunyi diambil sehari oleh setiap individu di Malaysia. Ini adalah 2.5 kali lebih tinggi dari yang disarankan.

Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50 gram) termasuklah gula yang ditambah atau tersembunyi.

Kandungan gula dalam makanan

Jenis makanan/minuman Gula (sudu/teh) 

* Minuman bergas (tin 435ml) 9
* Sepotong pai epal (200 gram) 9
* Kordial (segelas) 5
* Minuman kotak (285 ml) 5
* Aiskrim (satu skop) 4
* Jem (sesudu makan) 3
* Bijirin sarapan manis (secawan) 3
* Kuih koci (50 gram) 2
* Kuih seri muka (50 gram) 1
* Biskut berkrim (sekeping) 1

Panduan kurangkan gula

* Kurangkan memakan makanan manis seperti kek, biskut, aiskrim, coklat, kuih-muih dan bijirin bersira.

* Lebihkan meminum minuman air kosong, kurangkan pengambilan minuman manis atau bergas.

* Kurangkan atau elakkan terus penggunaan gula dalam minuman kopi atau teh.

* Kurangkan gula dalam resipi anda. Contohnya, kandungan gula dalam resipi kek boleh dikurangkan sehingga separuh tanpa menjejaskan rasa atau kualiti.

* Baca label pada produk. Pilih produk dengan kandungan gula yang lebih rendah atau mempunyai label tanpa gula tambahan.

* Makan buah-buahan segar sebagai pencuci mulut. Sekiranya membeli buah-buahan dalam tin, pilihlah buah-buahan dalam tin yang menggunakan air atau jus semula jadi. Elakkan buah-buahan yang ditinkan dalam sirap pekat.

* Telitilah kandungan gula pada label produk kerana terdapat pelbagai nama gula pada label makanan seperti glukosa, sukrosa, dektrosa, maltosa, madu, sirap jagung dan sirap pekat.

* Produk yang mengandungi nama-nama gula ini pada labelnya menunjukkan terdapatnya gula tambahan. Berhati-hati apabila anda membuat pilihan.

Gula, Manis beracun

Manis beracun

Susunan KHAIRUNNISA SULAIMAN 

Rasanya tidak lengkap hidup tanpa kemanisan. Apa rasanya air kopi atau teh jika tidak ditambah gula? Sirap yang tawar atau sambal tumis yang hambar.

Setiap hari kita pasti mengambil gula sama ada dalam makanan seperti kuih-muih, lauk-pauk dan teh tarik semasa sarapan atau sirap semasa makan tengahari.

Tapi bolehkah kita hidup tanpa kristal putih yang membawa 'kemanisan' itu?

Gula sebenarnya adalah kimia tulen. Dalam menjalani pemprosesan, semua nutrisi makanan semula jadi yang asalnya terkandung di dalam tumbuhan telah dikeluarkan.

Gula yang ada di meja makan sekarang bukan lagi dalam bentuk jisim semula jadi kerana ia dikeluarkan melalui proses industri dengan melakukan penapisan sehingga menjadi sukrosa atau fruktosa tulen.

Walaupun kebanyakan gula terhasil daripada pokok tebu atau ubi bit. Semasa proses industri semua vitamin, mineral, protein, enzim dan nutrien bermanfaat yang lain dikeluarkan daripadanya.

Justeru pengambilan gula yang berlebihan boleh mengurangkan tahap kesihatan dengan meningkatkan tekanan darah dan paras kolestrol.

Itu belum lagi dikira penyakit kronik lain seperti risiko kegagalan hati, obesiti, sakit jantung dan diabetes.

Gula dan pemanis sebenarnya amat toksik kepada badan manusia dan sepatutnya dikelaskan sebagai alkohol oleh kerajaan seluruh dunia.

Komen ini diberikan sekumpulan penyelidik Universiti California, San Francisco, Amerika Syarikat (AS) bertajuk The Toxic Truth About Sugar dalam jurnal Nature bertarikh 2 Februari lalu.

Kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Profesor Dr. Robert Lustig juga pakar pediatrik yang terkenal kerana kuliahnya di YouTube menyarankan penguatkuasaan seperti cukai ke atas semua makanan dan minuman yang ditambah gula, melarang penjualan makanan bergula di dalam atau berhampiran sekolah dan letakkan had umur untuk membeli gula.

Menurut beliau, gula membawa kepada perkembangan sindrom metabolik, obesiti, meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung.

Beliau menganggap fruktosa dan sukrosa menjadi penyebab masalah ini kerana ketoksikan meningkat jika dibandingkan dengan glukosa.

Justeru dengan sejumlah kecil kalori dalam gula, kesan negatifnya amat jelas.

Menurutnya, setelah gula memasuki aliran darah, kandungan gula dalam darah akan meningkat menyebabkan pankreas melepaskan insulin - yang diperlukan untuk mengubah gula menjadi tenaga. Apabila lebih banyak gula diambil bermakna lebih banyak insulin dilepaskan.

Setelah paras insulin yang tinggi dilepaskan, kadar gula darah mulai berkurang dengan cepat sehingga menimbulkan pelbagai masalah tidak lama selepas mengambil makanan manis.

Selain mengubah gula menjadi tenaga, insulin juga merangsang penyimpanan lemak.

Ketagih 

Akibatnya, besar kemungkinan anda akan mengalami kenaikan berat badan dengan pengeluaran insulin.

Disebabkan bahaya gula, ada yang meletakkan keburukan gula setaraf dengan tembakau dan alkohol.

Misalnya di negara maju seperti AS, lebih dua pertiga daripada populasinya lebih berat badan dengan separuh daripadanya mengalami obesiti.

Menurut Dr. Robert, kira-kira 80 peratus mereka yang obes mengalami diabetes atau keadaan metabolik tidak seimbang.

Malah kira-kira 75 peratus dana penjagaan kesihatan dibelanjakan bagi diet berkaitan dengan obesiti.

Di seluruh dunia, obesiti adalah masalah kesihatan paling umum dalam banyak negara dan berkaitan penyakit kronik dengan diet seperti sakit jantung, diabetes dan beberapa jenis kanser.

Kebanyakan penyelidik melihat gula bukan hanya kalori kosong tetapi juga bahan kimia yang toksik jika diambil berlebihan.

Dr. Robert membandingkan gula tambahan dengan tembakau dan gula yang toksik, membuatkan ketagih dan mempunyai kesan negatif kepada masyarakat.

Tapi apa rasanya dunia tanpa gula? Tentu saja tawar dan hambar.

Sumber

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm

Sumber:

http://kencingmanis1001.blogspot.com/2012/09/manis-beracun.html

Diabetes - Gula vs Kesihatan

Diabetes - Gula vs Kesihatan

Written by Aishah Ariffin  
Thursday, 08 March 2012 22:38

Sesungguh pun punca sebenar diabetes masih belum difahami sepenuhnya, pengambilan gula berlebihan diketahui secara tidak langsung memainkan peranan. Pengambilan gula dalam jumlah yang banyak mungkin bukan menjadi penyebab diabetes tetapi ia boleh menjadi faktor penyumbang kepada penambahan berat badan dan kegemukan - faktor-faktor yang jelas boleh menyebabkan diabetes.

Terdapat 2 jenis diabetes:

1. Diabetes yang berlaku apabila sel-sel penghasil insulin dalam pankreas,yang membantu mengawal gula dalam darah, musnah. Diabetes jenis 1 ini adalah penyakit yang berlaku apabila sistem tubuh yang melawan jangkitan (sistem imun) menentang satu bahagian tubuh. Dalam diabetes, sistem imun menyerang dan memusnahkan sel-sel beta yang menghasilkan insulin dalam pankreas. Pankreas kemudian menghasilkan hanya sedikit atau tidak langsung menghasilkan insulin. Mereka yang mengalami diabetes jenis ini terpaksa mengambil insulin setiap hari.

2. Diabetes jenis kedua ini biasanya muncul apabila tubuh tidak lagi memberi tindak balas secara normal kepada insulinnya sendiri dan /atau tidak menghasilkan insulin yang secukupnya. Diabetes jenis 2 ini, mengikut perangkaan Amerika, kira2 90-95% orang mengidap diabetes jenis ini yang sering dikaitkan dengan tambahan usia, pernah menghidap diabetes ketika hamil, kurang aktif secara fizikal dan dari kumpulan etnik tertentu. Selain itu orang gemuk juga boleh menghidapnya. Dan kini, kes2 diabetes jenis ini semakin bertambah di kalangan kanak2 dan remaja.

Komplikasi Kesihatan. Diabetes menimbulkan pelbagai masalah kesihatan yang membawa kepada serangan jantung, strok dan sebagainya. Di kalangan penghidap diabetes, paras gula darah mereka naik begitu tinggi dan gula dalam paras tinggi adalah bertoksik. Dalam tempoh beberapa tahun, paras gula yang tinggi merosakkan saraf serta pembuluh darah, besar dan kecil. Masalah ini menyebabkan kebutaan, kegagalan buah pinggang, kecacatan anggota badan (kerana terpaksa dipotong) serangan jantung pramatang dan strok. "Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman" 

Sumber: Panduan CAP