Penjagaan Kaki Bagi Pesakit Diabetes

Langkah 1: Basuh kaki anda dengan menggunakan sabun terutama di celah-celah jari kaki setiap hari.
DiabetesLangkah 2: Keringkan kaki dengan  tuala bersih dan lembut terutama di celah-celah jari kaki.
DiabetesLangkah 3: Sapukan losen pelembab supaya kulit anda lembut KECUALI di antara celah-celah jari.
Diabetes
Langkah 4: Urut kaki anda termasuk celah-celah jari kaki dengan kerap menggunakan jari anda secara perlahan-lahan
diabetes
Langkah 5: Gunakan sarung kaki jenis kapas supaya dapat menyerap peluh dan kering. Jangan pakai sarung kaki yang terlalu ketat kerana ianya boleh menghalang peredaran darah kaki anda. Sentiasa pakai sarung kaki yang bersih dan tukar setiap hari.
Diabetes
Langkah 6: Elakkan berkaki ayam di dalam rumah dan di luar rumah bagi mengelakkan kaki anda terpijak benda tajam atau panas.
Diabetes
Langkah 7: Pilih kasut yang lembut dan menutup kaki anda serta saiz yang sesuai.
Diabetes
Langkah 8: Lakukan pemeriksaan teliti sebelum menyarung kasut atau apa-apa kepada kaki anda untuk mengelakkan bahan yang boleh mencederakan kaki anda.
Diabetes
Langkah 9: Potong kuku jari kaki secara lurus dan tidak terlalu pendek. Jangan bulatkan bahagian tepi tetapi kikis pinggir kuku agar tidak tajam. Gunakan pengetip kuku untuk memotong kuku dan bukan peralatan tajam yang lain.
Diabetes
Langkah 10: Jangan rendam kaki anda lebih dari 5 minit. Gunakan air suam.
Diabetes
Langkah 11: Jangan duduk menyilang kaki untuk masa yang lama.
Diabetes
Langkah 12: Periksa kaki anda dengan teliti setiap hari di tempat  yang terang. Periksa di celah-celah jari dan tapak kaki. Gunakan cermin jika perlu atau meminta bantuan orang lain. Periksa di celah-celah jari dan tapak kaki untuk mengesan:
  • Rekahan pada kulit
  • Calar
  • Kudis/Bisul
  • Bengkak
  • Luka
  • Lepuh
  • Perubahan warna kulit
  • Kematu(callus/corns/tinec)
Langkah 13: Luangkan beberapa minit sehari untuk berbaring atau duduk dengan meletakkan kaki di aras lebih tinggi daripada badan.
Diabetes
Hati-Hati!!
Selain dari komplikasi pada kaki, anda juga mudah mendapat komplikasi yang berbahaya seperti Strok(Angin Akhmar), Serangan Jantung, kerosakan buah pinggang dan buta. Anda perlu bertindak bijak, mengawal diabetes sebaik mungkin.