GULA PEMBAWA PADAH PADA KESIHATAN MANUSIA!!!

GULA: IBU KEPADA BERBAGAI PENYAKIT!!! ‎ PEMANIS YANG MENGANCAM NYAWA MANUSIA!!!‎

Gula Bahan Utama Makanan Manusia


Hampir semua orang terpaut dengan gula. Setiap hari warga dunia mengambilnya sebagai bahan makanan yang di tambah dalam minuman atau di adun dalam ‎makanan. Kopi, nescafe dan teh pasti bernikmat dengan adanya gula. Demikian pula dengan ‎minuman ringan atau jus, gula menjadi bahan utama. Kebanyakan produk-produk makanan menjadikan gula sebagai bahan pemanis pelazat rasa. ‎Gula merupakan bahan makanan utama ‎pada manusia!!! ‎

Perlu diteliti apa sebenarnya gula, apa zat-zat yang terkandung didalamnya, dan apa masaalah-‎masaalah yang disebabkan olehnya?‎


Apakah Sebenarnya Gula Pasir?‎

Amnya, gula dikenali sebagai bahan putih yang manis. Disebut juga gula pasir. Terdapat dalam ‎bentuk serbuk halus, kasar ‎atau sederhana kasar (granulated sugar),atau dikenali sebagai gula kastor, gula icing atau confectioner's sugar. Ada yang berbentuk kristal jernih, gula batu, persegi ‎seperti gula dadu (cube sugar) atau cairan pekat seperti molasses, gula jelly (jelly mallow) dan ‎sirup seperti corn syrup. Dan ada juga yang berwarna coklat dan kekuningan. Semua ini dan ‎berbagai lagi adalah gula yang ditambah sebagai bahan perasa untuk sajian makanan kepada ‎tubuh manusia. ‎

Kebanyakan gula pasir dihasilkan dari pemprosesan (refining) bahan asas seperti tebu, ubi bit dan jagung. ‎Bahan terakhir yang terhasil ialah gula sukros. SUKROS adalah nama teknikal kepada gula pasir. ‎


Proses pembuatan gula ini melibatkan bahan-bahan kimia. Gula yang diperah ‎mentah mulanya berwarna kuning kecoklatan. Untuk memutihkannya, sulfur ‎dioxida di tambah. Untuk menjernihkannya pula, asid phosphorik dan kalsium hydroxida ‎di adun untuk menjadikan kalsium phosphat, yang akan menghasilkan kejernihan gula. Atau, ‎mengadunkan karbon dioxida and kalsium hydroxida untuk menjadikan kalsium ‎karbonat, yang akan menjernihkan gula. Proses demi proses penapisan dilakukan untuk ‎menghilangkan apa jua sisa pada cairan gula tersebut, sehingga yang tinggal hanya cairan ‎gula sukros yang jernih, suci dan bersih. ‎


Produk sampingan kepada pemprosesan ini berupa cairan gula pekat, berwarna kehitaman, ‎yang dikenali sebagai "molasses".‎

Kemudian diikuti dengan proses pengeringan dan pembongkahan. Seterusnya, bongkah gula diperhalusi menjadi gula pasir, menurut kehalusan yang dikehendaki. ‎

Proses yang sama dilakukan kepada jagung. Fruktos semulajadi dari jagung diproses menjadi ‎glukos, kemudian dicampur dengan bahan-bahan kimia, menukar glukos kembali kepada ‎fruktos tiruan, disebut HFCS (High Fructose Corn Syrup). HFCS ini mendapat sambutan ‎sehingga digunakan oleh coke dan pepsi. Harini, banyak makanan dan minuman ‎ringan didalam tin menggunakan HFSC sebagai pemanis asas. 


Inilah beberapa jenis gula pasir yang terhasil dari pemprosesan batang tebu, ubi bit atau ‎jagung. ‎

Terdapat sejenis lagi gula pasir yang benar-benar tiruan iaitu Aspartame. Aspartame ialah nama ‎teknikal kepada jenama-jenama terkenal seperti Acesulfame Potassium (Sunett, Sweet One); ‎Aspartame (Equal, NutraSweet); Neotame, Saccharin (SugarTwin, Sweet'N Low) dan Sucralose ‎‎(Splenda). 

Aspartame diperbuat dari asid amino melalui proses pemerapan dan peragian ‎bakteria. Beberapa jenis asid amino yang dikeluarkan oleh bakteria lalu diubahsuai untuk ‎mendapatkan gula aspartame. Pemprosesannya juga melibatkan beberapa jenis bahan kimia ‎dan methanol.

Pemanis tiruan Aspartame bertujuan sebagai gantian kepada gula pasir. Ia amat manis, lebih manis ‎dari gula pasir. ‎

Dalam konteks artikel ini, GULA bermaksud gula pasir yang diperoses dari tebu, ubi ‎bit, jagung, HFCS dan juga gula tiruan aspartame. Gula melaka, gula merah (gula jawa) diperbuat daripada air nira kelapa atau pohon palma ‎tertentu. Pembuatannya tidak melalui proses seperti gula tiruan. Justru, tidak tergolong ‎dalam kategori "GULA" dalam artikel ini. ‎


Ciri-Ciri Gula Semulajadi dan Gula Pasir ‎

Secara amnya, setiap bahan makanan semulajadi atau alami, antara satu dengan yang lain, ‎mengandungi karbohaidrat, lemak dan protein dalam kadar yang berbeza. ‎

Karbohaidrat adalah gula semulajadi, samada berjenis ringkas atau kompleks (sempurna). ‎

Karbohaidrat ringkas terdiri dari berbagai jenis; seperti glukos, fruktos, galaktos, laktos, maltos ‎dan beberapa lagi. Mempunyai samada 1 molekeul (monosaccharides) atau 2 molekeul ‎‎(disaccharides). Mampu terus diserap oleh usus kedalam saluran darah menuju kesetiap sel-sel tubuh. Sel-sel tubuh menggunakannya sebagai tenaga. Karbohaidrat ‎ringkas banyak terdapat didalam buah-buahan dan juga ‎susu.‎


Karbohaidrat kompleks atau kanji adalah polysaccharides, ertinya mempunyai rangkaian melebihi 2 ‎molekeul karbohaidrat; apabila panjang dan berserat disebut sellulos. Apabila kanji dimakan, ia ‎akan bertukar menjadi gula ringkas untuk diserap oleh usus. Sellulos pula, apabila dimakan akan ‎dicerna dahulu oleh usus, kemudian bertukar menjadi gula ringkas. Sellulos adalah benda ‎berserat dalam makanan yang membuat seseorang itu merasa kenyang. Sistem penghadaman ‎tubuh memecahkan karbohaidrat kompleks ini sehingga menjadi molekeul glukos ‎supaya dapat diserap kedalam saluran darah. Karbohaidrat kompleks dan sellulos banyak ‎terdapat didalam ubi-ubian seperti kentang, keledek dan bijiran seperti padi, gandum, oat dan ‎lain-lain.‎

Justru, beza penghadaman antara karbohaidrat kompleks dengan karbohaidrat ringkas ialah; ‎korbohaidrat kompleks perlu dipecahkan menjadi monosaccharides (gula ringkas) didalam usus ‎sebelum diserap kedalam saluran darah, dan pemecahan ini mengambil sedikit masa jika ‎dibandingkan dengan karbohaidrat ringkas; karbohaidrat ringkas lansung dicerna dan ‎diserap oleh usus dan sel-sel tubuh. ‎

Glukos adalah gula yang paling ringkas. Glukos disebut “gula darah” atau juga “dektros”. ‎Glukos adalah pemecahan terakhir gula, samada dari makanan semulajadi/alami atau gula tiruan. Glukos semulajadi sedia ‎diserap oleh usus, dan terus masuk ke saluran darah. Gula glukos adalah tenaga kehidupan untuk tubuh, yang menghidupkan otak, sistem saraf dan ‎tissu. Tubuh yang sihat menerima glukos dari karbohaidrat, protein dan lemak. Tubuh tidak dapat berfungsi tanpa glukos. Memelihara kesaimbangan glukos di dalam darah adalah ‎tugas utama kepada tubuh.‎ ‎

Fructos juga gula ringkas, gula utama didalam buah-buahan. Fruktos memiliki formula yang ‎sama seperti glukos (C6H12O6), cuma atomnya tersusun sedikit berbeda dari glukos. Apabila ‎buah-buahan dimakan, organ hati akan menukar fruktos kepada glukos. ‎

Galaktos juga gula ringkas dari susu dan juga bijiran. Seperti fruktos, memiliki formula yang ‎sama seperti glukos cuma atomnya teratur berbeda. Organ hati menukar galaktos kepada ‎glukos. ‎

Laktos adalah jenis gula dari susu. Terjadi dari gabungan satu (1) molekeul glukos dan satu (1) ‎molekeul galaktos. ‎

Maltos adalah gula yang terdapat pada bijiran, terjadi dari dua (2) monosaccharides glukos ‎yang digabungkan (disaccharides). Mudah dipecahkan oleh enzim yang ‎berada dalam usus. ‎

Jenis-jenis karbohaidrat monosaccharides dan disaccharides dikenali sebagai karbohaidrat ‎ringkas yang mudah diserap sertamerta kedalam saluran darah. Dan banyak lagi jenis-jenis gula ‎ringkas yang terdapat dari makanan semulajadi atau alami. Jenis-jenis karbohaidrat tersebut ini ‎adalah berbeza dengan gula sukros, iaitu gula pasir@tiruan.‎

SUKROS, nama teknikal kepada gula pasir. Sukros adalah gula tiruan. Juga disebut sebagai gula ‎ringkas, dari gabungan satu (1) molekeul glukos dan satu (1) molekeul fruktos. ‎

Gula sukros, meskipun dianggap sebagai karbohaidrat ringkas berjenis ‎disaccharides, namun ia masih berbeza dari gula ringkas semulajadi. Sebenarnya, sukros ini ‎semata-mata bahan manis. Ia kosong, tidak lansung mengandungi zat-zat makanan sampingan ‎seperti vitamin-vitamin, zat-zat galian, lemak, protein dan enzim yang terkandung sepertimana ‎bahan asalnya. Semuanya sudah musnah sewaktu proses perhalusan (refining). Yang tinggal ‎semata-mata gula yang dinamakan sukros. Gula sukros ini tidak pernah ujud secara semulajadi. ‎Ia adalah hasil dari rekaan dan pembuatan manusia.‎

Masaalah terbesar yang ditimbulkan oleh gula sukros ini - ia sulit diserap oleh usus atau sel-sel ‎tubuh untuk dijadikan tenaga. Untuk membolehkan ia digunakan oleh sel-sel tubuh sebagai ‎tenaga, sukros memerlukan bantuan enzim, vitamin, zat galian dan insulin yang tersimpan ‎didalam tubuh. Lama kelamaan simpanan enzim, vitamin, zat galian dan insulin yang berada ‎didalam tubuh akan berkurangan. Kekurangan ini akan mengundang banyak masaalah kesihatan ‎pada organ-organ tertentu didalam tubuh. Sukros adalah penyebab utama kepada kekurangan ‎enzim, vitamin, zat galian dan insulin didalam tubuh manusia. ‎ ‎

Sebenarnya, tubuh manusia menerima gula sukros sebagai bahan asing, seperti ubat atau ‎dadah.‎ Tubuh manusia tidak lansung memerlukannya. Tubuh memerlukan ‎gula atau karbohaidrat dari bahan makanan semulajadi.‎

Berapa Kadar Gula Yang Diperlukan Oleh Tubuh?‎

Tubuh manusia yang normal mengandungi lebih kurang 5 liter darah didalam tubuh. Tubuh ‎yang sihat perlu sentiasa terpelihara pH darah di antara 7.3 – 7.45. Ini bersamaan 2 sudu-teh ‎gula sukros. ‎

Apabila tubuh menerima kemasukan gula pasir@tiruan melebihi 2 sudu-teh, tindakbalas bio-kimia didalam tubuh untuk menstabilkan paras pH darah pun berlaku. ‎

Hanya 1 tin minuman ringan yang diminum, tubuh akan menerima kemasukan bersamaan 10 ‎sudu-teh gula. Ini memaksa tubuh menerima 5 kali ganda lebihan gula dari yang diperlukan. ‎Paras gula didalam darah akan meningkat sertamerta. Darah akan jadi lebih berasid. pH darah ‎pula akan menurun sertamerta. ‎


Bagaimana pula jika melebihi 1 tin bagi setiap 4-5 jam? Ditambah pula dengan gula yang ‎dimakan melalui desserts (juadah pencuci mulut), ais krem, jem, minuman jus, gula-gula, ‎daging yang diproses, makanan kanak-kanak dan banyak lagi yang beredar dipasaran mall, ‎supermarket dan kedai-kedai. Tidakkah ini melebihi 2 sudu-teh gula yang memasuki tubuh? ‎


Sering terlihat dikaca TV, minuman-minuman ringan dengan pelbagai jenama bermacam-‎macam perisa yang diteguk. Kononnya minuman pemberi tenaga. Apa sebenarnya yang ‎diteguk? Yang berguna untuk tubuh - hanya air! Disegi ancaman pada seluruh sistem ‎metabolisma tubuh – terlalu banyak padahnya yang didatangkan oleh gula yang terdapat ‎didalam minuman atau makanan tersebut!!! ‎

Padah Gula Pasir @ Tiruan Pada Tubuh Manusia

1)‎ Gula Mengancam Sistem Pancreas dan Kelenjir Ginjal ‎

Tubuh manusia mempunyai pelbagai cara untuk memelihara kandungan glukos agar pH darah ‎sentiasa di antara 7.3 – 7.45. ‎


Pancreas dan Kelenjir Ginjal sentiasa bekerjasama mengendalikan kadar kandungan gula di dalam ‎darah pada setiap masa. ‎

Apabila darah mengalir, pancreas akan mengenalpasti banyak mana kandungan gula didalam ‎darah. Sekiranya kandungan gula tinggi, pancreas akan segera mengeluarkan insulin untuk menurunkan kadar gula didalam darah. Insulin ‎akan bertindak dengan 2 cara; samada menyimpan glukos di dalam sel hati atau menukar ‎glukos dalam bentuk asid berlemak “glycogen”. Kelenjer ginjal pula bertindak sebaliknya; ‎apabila gula dalam darah terlalu rendah, kelenjir ginjal akan menghantar hormon kortisol ke sel-‎sel hati bagi mendapatkan simpanan glukos untuk disalurkan ke saluran darah. Sistem tubuh ‎yang sempurna dari Maha Pencipta mampu memelihara kesaimbangan gula didalam darah. ‎Keadaan ini berlaku apabila gula yang diambil oleh tubuh adalah dari sumber makanan ‎semulajadi. ‎

Namun apa pula yang terjadi apabila gula buatan manusia diterima oleh tubuh ‎tanpa henti-henti setiap hari? ‎

Gula sukros @ tiruan yang berlebihan masuk kedalam tubuh (melebihi 2 sudu-teh) sememangnya menimbulkan krisis kepada tubuh. ‎

Seperti yang diketahui, gula sukros kosong, bererti ‎tidak mempunyai zat-zat galian, vitamin dan enzim. Untuk ‎membolehkan tubuh menyerap sukros agar dapat digunakan sebagai tenaga, tubuh terpaksa ‎menggunakan zat-zat makanan yang tersimpan didalam tubuh agar dapat berganding dengan ‎sukros untuk dapat diserap. Gula sukros berlebihan juga menyebabkan pancreas dan kelenjir ginjal terpaksa bertindak ‎mengeluarkan insulin yang banyak, agar sukros dapat diserap untuk digunakan oleh ‎tubuh. Apabila keadaan begini berlaku setiap hari, lama kelamaan simpanan zat-zat galian, ‎vitamin, enzim dan juga insulin didalam tubuh semakin berkurangan. ‎

Selama manusia mangambil gula pasir@tiruan berterusan, kekurangan zat-zat galian, vitamin ‎dan enzim akan terus berlarutan. Pancreas dan kelenjir ginjal terpaksa bekerja hampir setiap ‎masa untuk memperbaiki dan mempertahankan tubuh dari ancaman gula sukros@tiruan. Organ-organ ‎didalam tubuh akan semakin menderita. Masaalah kesihatan akan mula timbul!!!‎

Perkara sebegini tidak pernah berlaku apabila memakan karbohaidrat ringkas atau kompleks ‎dari makanan semulajadi. Tubuh dapat menyerap, umpamanya fruktos dari buah-buahan, ‎dalam kadar yang manasabah, tanpa sebarang tekanan, tanpa terpaksa menggunakan ‎simpanan vitamin, zat-zat galian atau enzim yang terkandung didalam tubuh. Fruktos ‎semulajadi tidak menyebabkan peningkatan paras gula didalam darah, tidak menyebabkan pH ‎darah turun secara mendadak. Makanan ini adalah makanan sempurna, tumbuh dari tanah yang ‎mengandungi vitamin, zat galian dan enzim. ‎

Penyakit Kencing Manis

Glukos dari makanan semulajadi tidak menyebabkan penyakit kencing manis (diabetes). ‎

Sel-sel dan tissu tubuh sentiasa bergantung kepada zat-zat galian dari makanan. Gula sukros pula ‎menyusutkan zat-zat galian didalam tubuh. Salah satu zat galian yang penting yang tersusut ‎dari tubuh ialah kromium. Kromium adalah zat galian yang penting bagi membantu tindakan ‎insulin. Kromium akan semakin menyusut didalam tubuh kerana telah sering digunakan untuk ‎menanggani gula. Atas sebab ini, kebanyakan orang yang di “diagnose” sebagai ‎berpenyakit kencing manis mungkin sebenarnya hanya kerana masaalah kromium yang tidak ‎mencukupi. Meskipun insulin masih ada, ianya tidak dapat bertindak terhadap gula tanpa gandingan ‎kromium. ‎

Tahun demi tahun mengambil gula sebagai makanan atau minuman, lama kelamaan pancreas ‎menjadi lemah. Bila tubuh masih muda, pancreas masih utuh, meskipun terpaksa bekerja ‎keras setiap hari mengeluarkan insulin untuk menanggani gula yang banyak. Apabila usia semakin meningkat, disuatu ketika pancreas tidak mampu lagi bertindak mengeluarkan ‎insulin yang mencukupi untuk mengimbangi kemasukan gula yang tidak pernah berhenti setiap ‎hari. Akhirnya, pancreas keletihan dan lemah. Paras gula didalam darah jadi semakin meningkat. ‎Kelenjir ginjal pula cuba untuk mengeluarkan insulin, menyebabkan tanda-tanda air kencing ‎menjadi manis. Itulah kencing manis (“diabetes”): paras glukos yang sentiasa meningkat tinggi ‎didalam darah. ‎

Pesakit kencing manis akhirnya terpaksa diberi ubat-ubatan atau disuntik insulin setiap hari ‎kerana pancreas sudah tenat tidak mampu lagi untuk mengeluarkan insulin yang mencukupi ‎yang diperlukan oleh tubuh. Justru, apabila didiagnos sebagai pesakit kencing manis, umpama ‎‎“death sentence”, tiada harapan untuk pulih seperti sediakala, hidup terpaksa ‎bergantung pada ubat-ubatan atau insulin sepanjang hayat!!! Inilah kepercayaan ‎dari kebanyakan pesakit kencing manis!!!‎

Belum pernah ada seorang pun pesakit kencing manis yang mengambil ubat-ubatan atau ‎insulin kembali pulih menjalani hidup seperti sebelumnya. Pernahkah didengar doctor ‎manasihati pesakit kencing manis agar berhenti terus dari mengambil gula pasir@tiruan atau ‎sebarang makanan yang berkaitan dengan gula pasir@tiruan? Mungkin dinasihatkan sebaliknya - ‎jangan berhenti mengambil gula nanti tubuh menjadi lemah!!! ‎Sejauh manakah kebenaran nasihat ini???‎

Mungkin bukan ubat-ubatan atau insulin sebagai penawarnya…. Mungkin ‎juga harus kembali kepada makanan gula semulajadi atau alami……‎

2) Gula Mengancam Ginjal (Buah Pinggang)

Fungsi utama ginjal, bertindak sebagai penapis atau penyaring kepada bahan-bahan kotoran, ‎ubat-ubatan dan kimia dalam darah dan membuangnga bersama dengan air dalam bentuk air ‎kencing. Disamping itu, ginjal juga turut mengatur pH darah, kandungan asid, kepekatan zat ‎galian ion dan kandungan air dalam darah.‎

Menurut kajian sains, terdapat bukti-bukti bahawa gula merupakan salah satu ‎penyebab utama kepada penyakit batu karang didalam ginjal. Pengambilan gula yang berlebihan ‎menyebabkan banyak tambahan insulin yang perlu dihasilkan oleh pancreas. Ini menyebabkan ‎ginjal bertindakbalas mengeluarkan lebih banyak kalsium kedalam air kencing. Oleh kerana ‎ginjal selalu mengeluarkan kalsium yang banyak, lama kelamaan kalsium mula bertompok ‎didalam sistem saringan ginjal. Akhirnya, kalsium terbentuk seperti batu karang pada mana-‎mana saluran ginjal; samada dalam ginjal sendiri atau pun dalam saluran ‎air kencing. Dan ini akan menganggu fungsi ginjal kepada tubuh.‎


Sekiranya batu karang terus membesar dan tidak dirawat, boleh menyekat saluran air kencing. ‎Dan ini akan menyebabkan keperitan, pendarahan dan berbagai lagi masalah lain. 

3) Gula Mengancam Jantung 

Kehadiran gula yang berlebihan di dalam darah akan menyebabkan jantung terpaksa ‎bekerja lebih dari biasa. Banyak lemak asid yang terkandung didalam gula, yang disebut ‎‎“plaque”, akan mengalir didalam saluran darah. Sebenarnya, lemak asid plaque ini bukan dari ‎jenis yang diperlukan oleh tubuh, bukan yang menyihatkan tubuh, sebaliknya ia menganggu ‎lemak asid dari makanan semulajadi. ‎
Bahayanya ialah banyak lemak asid plaque ini akan melekat pada dinding pembuluh darah. ‎Lemak asid ini akan bertompok didinding pembuluh darah yang agak sempit. Semakin banyak ‎lemak asid bertompok, dinding pembuluh darah akan menjadi semakin keras akhirnya rosak. Kawasan dinding pembuluh darah yang rosak akan ‎mengundang lebih banyak lagi tompokan plaque. Keadaan ini akan menyebabkan aliran darah tersekat. Menyebabkan pengaliran darah ke jantung dan ke seluruh tubuh jadi ‎terhalang. Jantung tidak dapat menerima darah yang mencukupi. Tanda-tanda yang ‎menunjukkan pengaliran darah ke jantung terganggu ialah kesakitan didaerah dada. ‎

Apabila aliran darah tersekat atau terganggu, tekanan darah akan meningkat, meningkatkan lagi ‎risiko serangan sakit jantung. ‎

Pesakit kencing manis menghadapi risiko yang berlebihan jika dibandingkan dengan orang ‎biasa.‎

4) Gula Mengancam Paru-Paru ‎

Gula yang berjaya diserap kedalam saluran darah akan turut mengalir keseluruh tubuh. ‎Bertumpuk dimana saja termasuk “bronchioles” paru-paru. Tindakbalas paru-paru ialah ‎mengeluarkan lendir. Lendir menyempitkan saluran pernafasan. Dan tubuh akan mengalami sesak ‎nafas. ‎

Pengambilan gula sukros yang berlebihan juga boleh membahayakan pesakit asma.‎





5) Gula Mengancam Usus 

Tugas usus ialah mencerna dan menyerap zat makanan. Apabila usus tidak dapat mencerna ‎makanan dengan sempurna, makanan akan bertumpuk dan mereput didalam usus. ‎

Kebanyakan gula tidak dapat diserap oleh usus. Ia akan terpinggir, terpendam dan ‎mereput didalam usus. Kesannya seperti fermentasi didalam usus, usus jadi berasid. Bakteria ‎yang baik (sihat) akan dicemari dan semakin terhapus. Lapisan-lapisan flora didalam usus semakin ‎musnah. ‎

Apabila usus berasid, enzim didalam usus juga semakin musnah. Enzim adalah protein yang memecahkan molekeul-molekeul makanan. Apabila ‎enzim semakin musnah, maka usus tidak dapat berfungsi dengan baik untuk memecahkan ‎molekeul-molekeul dari makanan untuk akhirnya dapat diserap kedalam tubuh. Masalah kesihatan ‎akan timbul!!! ‎

Ada juga gula yang terlepas memasuki saluran darah. Gula ini akan tersangkut pada mana-mana saja tempat atau ruang didalam tubuh. ‎Ini akan menyebabkan sengal-‎sengal pada sendi tulang, otot, organ atau dimana saja gula ‎tersangkut. Organ-organ tubuh dimana gula terkumpul akan menimbulkan sindrom seperti radang ‎usus, radang jantung (heartburn), radang hati (hepatitis), gatal-gatal kulit, allergi dan kelesuan ‎tubuh. ‎

Apabila keadaan berterusan, akibatnya akan mula terbentuk batu karang, umpamanya batu ‎karang didalam pundi hempedu, hati, ginjal atau buah pinggang dan lain-lain. ‎

6) Gula Mengancam Tulang

Gula adalah salah satu penyebab utama kepada penyakit osteoporosis (rapuh tulang). 

Gula sudah diketahui kosong nilainya, hanya bahan pemanis tanpa kalori. Gula terpaksa ‎menggunakan gandingan vitamin-vitamin dan zat-zat galian yang tersimpan didalam ‎badan untuk membolehkan ianya diserap. Keadaan begini memberi kesan buruk pada tulang dan gigi, ‎terutama apabila kalsium dari tulang dan gigi terpaksa diambil untuk digunakan bagi ‎membolehkan gula diserap.‎

Zat kalsium pula berkait rapat dengan phosphorous. Untuk membolehkan kalsium digunakan ‎oleh sel-sel tubuh, mesti hadir zat galian phosphorous yang mencukupi didalam darah. Tanpa ‎nisbah yang mencukupi antara kalsium dan phosphorous, kalsium akan jadi janggal dan tidak seiring, sebaliknya boleh bertompok didalam organ-organ tubuh dan menjadi batu karang. Oleh kerana ‎simpanan phosphorous didalam tubuh juga turut digunakan demi untuk menyerap gula sukros, ‎lama kelamaan phosphorous juga kekurangan atau kehilangan. Kalsium akan terus ‎bertompok menjadi plaque. ‎

Minuman ringan pula mengandungi asid phosphorous, yang mana hanya akan meningkatkan lagi ‎kekacauan pada kesaimbangan phosphorous didalam tubuh. Tanpa nisbah kalsium:phosphorous yang betul ‎bersesuaian didalam darah, tubuh akan meminjam kalsium dari tulang dan gigi. ‎

Kalsium juga adalah zat galian yang digunakan untuk menyirna asid didalam sel tubuh. Apabila ‎kalsium tidak mencukupi untuk menyirna asid maka tubuh bertambah asid, sisa toksid tidak ‎dapat dinyahkan dengan sempurna. ‎

Pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan hormon kortisol dikeluarkan oleh kelenjir ‎ginjal. Pengeluaran kortisol yang berlebihan boleh menyebabkan tulang menjadi tipis dan ‎rapuh. ‎

Rapuh tulang sebenarnya mampu dihindari dengan tidak mengambil gula dan Susu ‎Pasteur (Susu Pasteur adalah antara penyebab utama kepada penyakit rapuh tulang, ‎disamping gula sukros). Mungkin kebanyakan manusia berfikiran bahawa setiap penyakit harus ‎diubati dengan ubat-ubatan, bukannya secara permakanan semulajadi/alami, kononnya tak ‎saintifik!!!‎ Sebenarnya, bukan sahaja nasihat para doktor itu penting dalam mengubat penyakit, tetapi nasihat ‎para nutritionist (pakar permakanan) juga turut penting disegi membina kesihatan atau ‎memulihkan penyakit!!! ‎

7) Gula Mengancam Gigi

Masaalah kesihatan akan merebak sekiranya pegambilan gula berterusan. Apatah lagi ‎tanpa dihiraukan kadarnya!!! Ketidak-saimbangan kalsium yang disebabkan oleh gula ‎menyebabkan gigi rosak, bahkan air liur yang berasid akan menyerang lapisan luar gigi ‎(enamel). ‎

Gula bukan sahaja merubah suasana didalam mulut menjadi berasid, bahkan dimana saja gula ‎mengalir – didalam perut, darah dan lain-lain tempat didalam tubuh akan berubah menjadi ‎berasid. ‎

Didalam mulut, pH akan menurun sebaik sahaja gula pasir@tiruan diminum. pH air liur akan menurun ke pH 4.5 untuk selama 20 minit atau lebih. Masaalah gigi ‎pun bermula, kerana diparas pH 5.5 gula didalam air liur akan mula meresap pada lapisan luar ‎gigi (enamel). ‎

Beza gula semulajadi/alami dengan gula diproses - gula semulajadi tidak akan merosakkan gigi. ‎Gula yang diproses sudah kehilangan zat-zat galiannya, akan mengambil zat-zat galian dari gigi, ‎terutamanya kalsium yang sangat diperlukan untuk mengekal kesihatan gigi. ‎

Cuba ambil gigi yang baru dicabut, rendam ia di dalam cecair gula pasir, akan jelas kelihatan gigi ‎tersebut akan dipenuhi lubang-lubang beberapa hari kemudian!!! 

8) Gula Merosakkan Hati

Hati adalah organ yang terbesar didalam tubuh. Fungsi utama hati ialah mengeluarkan cecair ‎hempedu dan membersihkan darah dari sebarang toksik. Disamping itu, hati menyimpan lemak ‎glycogen untuk kegunaan tenaga ketika nanti diperlukan oleh tubuh.‎

Apabila gula dimakan melalui makanan atau minuman, pengeluaran insulin pun bermula. ‎Sekiranya darah menjadi pekat dengan gula‎, insulin dikeluarkan untuk meransang hati membentuk ‎triglyceride (sejenis lemak). Sebahagian dari lemak triglycerides digunakan untuk ‎mengeluarkan tenaga. Bakinya pula dihantar kepada sel-sel tubuh untuk kegunaan sebagai ‎tenaga dimasa hadapan. Dengan demikian, hati mengurangkan kepekatan gula didalam darah ‎dan meningkatkan simpanan glycogen didalam hati. ‎

Apabila terlalu banyak triglyceride yang terbentuk, ini boleh menyebabkan penyakit hati kerana terlalu dipenuhi lemak. ‎Keadaan ini akan menyebabkan ketidak-saimbangan metabolisma lemak didalam tubuh pada keseluruhannya, yang ‎mana akan menyebabkan komplikasi yang berkait rapat dengan kegemukan, gendut, masalah ‎jantung, kencing manis dan sebagainya. ‎

Fungsi hati untuk menyirna toksik didalam darah juga turut terganggu.‎

9) Gula Meruntuh Keanjalan Otot-Otot 

Gemuk, gendut dan buncit dimaksudkan disini ialah 35% melebihi berat normal. Sebab utama ‎gemuk, gendut dan buncit ialah mengambil gula berlebihan. 

Gula yang berlebihan didalam tubuh akan bertukar menjadi lemak asid, kemudian menjadi triglycerides‎ (lemak asid yang lebih untuk simpanan), ‎kemudian disimpan di gedung lemak (“adipose tissue”). ‎

Setelah sekian lama bertindak mengimbangi kestabilan tubuh disebabkan kemasukan gula yang berlebihan, ‎pancreas menjadi kian lemah, tidak mampu lagi ‎bersaing mengeluarkan insulin yang mencukupi untuk mengendalikan gula. Tanpa insulin ‎yang mencukupi, tugas pancreas untuk mengendalikan kortisol akan terjejas (kortisol adalah hormon ‎yang dikeluarkan oleh kelenjir ginjal, dikeluarkan sebagai tindak balas kepada kadar gula yang ‎rendah didalam darah). Apabila kortisol tidak terdaya dikendalikan oleh insulin, ia jadi menggila, asid amino dari otot-otot tubuh pula akan diambil sebagai gantian. Lama kelamaan ‎otot-otot tubuh akan jadi kurang mampan, menjadi lembek “flabby”. ‎ ‎

Kebanyakan otot-otot tubuh penderita kencing manis, otot-otot tubuh ‎selalunya lembek “flabby” – bererti keruntuhan otot-otot. ‎

Ahak… ahak… I like it….‎So sexy sugar baby !!!‎

Inilah sebabnya penyakit kencing manis otot-otot tubuh selalunya lembek “flabby” – bererti ‎keruntuhan otot-otot. ‎

10) Gula Melemahkan Sistem Saraf

Sistem saraf terlibat dengan semua fungsi-fungsi tubuh. Sistem ini dalam bentuk jaringan yang menghubungi ‎tissu-tissu ‎saraf yang berada diserata tubuh termasuk kulit, organ-organ, mata, telinga dan lain-lain. Ia ‎umpama jalur-jalur wayar letrik yang disaluti oleh selaput myelin menjalar keseluruh tubuh. ‎

Myelin memastikan deria rasa dan cita dari otak disalur melalui tissu saraf keserata tissu tubuh. Sistem saraf membolehkan otak berhubung dengan organ-organ ‎tubuh untuk melaksanakan beberapa fungsi tubuh. ‎

Gula yang hampa zat-zat makanan terpaksa mengambil sumber zat-zat simpanan ‎seperti vitamin, zat galian dan enzim yang berada didalam tubuh. Sekiranya pengambilan gula ‎berterusan, akibatnya lebih banyak simpanan zat-zat makanan terpaksa dipergunakan untuk ‎mengendalikan ketidak-saimbangan dan untuk memulihkan keadaan tubuh kembali ketahap normal. ‎

Sekiranya tubuh sudah mengalami terlalu banyak kehilangan zat-zat makanan, maka tubuh ‎tidak berdaya lagi untuk pulih ketahap normal, tidak berdaya lagi untuk menghakis atau ‎menyirna bahan sisa toksik yang terbawa oleh gula. Tubuh jadi terlalu berasid. ‎

Bahan-bahan sisa ini akan berkumpul bertompok dan mengalir hingga ke otak dan sistem saraf, ‎yang mana akan menjejaskan sistem tersebut dan memungkinkan sel-sel tubuh jadi tercemar ‎dan terhapus. Darah akan dipenuhi dengan bahan-bahan sisa toksik. Tanda-tanda keracunan ‎toksik akan muncul!!! ‎

Apabila sistem saraf terganggu, kesan-kesan sampingan ialah – kekebasan pada mana-mana ‎anggota tubuh, penghadaman usus bermasaalah, selalu pening-pening, buang air kecil ‎tidak lawas, lemah tenaga batin, kelesuan dan tidak bersemangat, malas pergerakan atau ‎berolahraga, dan banyak lagi kesan-kesan negatif disegi fisikal dan psaikologi. ‎

11) Gula Melemahkan Sistem Kekebalan Tubuh

Gula boleh mengancam dan merosakkan ‎sistem kekebalan tubuh!!!‎

Terlalu banyak masaalah kesihatan yang timbul disebabkan oleh pengambilan gula. Organ-organ ‎penting didalam tubuh seperti jantung, pancreas, hati, ginjal, usus, system saraf, paru-paru, ‎tulang bahkan darah semuanya terancam dan menuju kepada kerosakan.‎

Sistem kekebalan tubuh semakin lemah dan terjejas, tidak berdaya-tahan dari serangan dan ‎jangkitan kuman virus, bakteria dan sebagainya. 

Unsur terpenting dalam sistem kekebalan tubuh ialah sel darah putih. Tugasnya ialah mengedar ‎darah dan mengenal-pasti bahan-bahan asing yang membahayakan kesihatan tubuh. Apabila ‎sesuatu benda asing pada tubuh ditemui, sel-sel darah putih akan bertindak menyerang, ‎memusnahkannya dan membawanya keluar dari tubuh. ‎

Tugas sel-sel darah putih banyak terjejas dengan kehadiran gula. ‎

Vitamin C sangat diperlukan oleh sel-sel darah putih. Sel-sel darah putih memerlukan dos Vitamin C yang tinggi untuk berfungsi dengan baik. Oleh ‎kerana proses penyerapan gula banyak menggunakan vitamin-vitamin yang tersimpan didalam ‎tubuh, maka vitamin C turut digunakan. Sel-sel darah putih menjadi kelaparan kepada vitamin ‎C. Keadaan yang berlarutan membuatkan sel-sel darah putih menjadi lemah. Dengan demikian, ‎sistem kekebalan tubuh akan terjejas. 

Gula yang separuh cerna, yang berjaya memasuki saluran darah, menjadikan darah pekat. Situasi ini memperlambatkan pengaliran darah. Sel-sel darah putih tidak dapat ‎berligar dengan lancar didalam tubuh. Akibatnya, ia tidak dapat berfungsi dengan baik untuk ‎menentang secara berkesan terhadap sebarang bahan toksik yang boleh mendatangkan ‎bahaya kepada tubuh. ‎

Gula menghindar dari sistem kekebalan dengan melekat pada protein, dan menjadi ‎suatu bahan protein lain yg dinamakan “glycenated protein”. Ini membuat darah semakin bertoksik. ‎Sistem kekebalan akan sentiasa mencuba menyerang glycenated protein ini untuk disingkirkan ‎dari tubuh. Namun, apabila pengambilan gula tidak pernah berhenti, malah bertubi-tubi setiap ‎hari memasuki tubuh, lama kelamaan sistem kekebalan tubuh menjadi lemah untuk ‎menyerang. ‎

Sistem kekebalan tubuh akhirnya menjadi lali dengan kehadiran gula yang tidak pernah ‎pudar. Keadaan metabolism didalam tubuh tidak pernah normal lagi. Sistem kekebalan ‎mengubahsuai kepada keadaan yang kurang normal ini. Lama kelamaan, gula tidak lagi menjadi ‎musuh atau benda asing pada tubuh. Akibatnya, dayatahan tubuh sudah lali dan kurang sensitif ‎pada pencemaran yang memasuki kedalam darah, lantas terpaksa menerimanya. Kesihatan ‎keseluruhan tubuh akan semakin merusut. Sehingga akhirnya tubuh menjadi luluh dimamah ‎kemanisan gula!!!‎




"a-'uzubillahi minassugar!!!"