Kencing Manis Punca Sakit Jantung, Darah Tinggi, Buah Pinggang Rosak

Kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan sakit jantung — empat penyakit yang saling berkait rapat. Biasanya jika seseorang ada kencing manis, dia berisiko tinggi mengalami tiga penyakit lain, terutama jika gagal mengawal paras gula dalam darah. diabetes 

Dianggarkan di seluruh dunia ada kira-kira 250 juta pesakit kencing manis dan catatan menunjukkan kebanyakannya meninggal dunia akibat komplikasi penyakit. Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang. diabetes 

Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup. diabetes 

Pakar perubatan percaya kebanyakan pesakit menghidap kencing manis beberapa tahun sebelum penyakit dikesan. Yang membimbangkan, lebih lama seseorang itu menghidap kencing manis, lebih tinggi risiko untuk mendapat komplikasi penyakit. diabetes 

Punca Kematian Kelima Tertinggi Dunia 

Kencing manis adalah penyakit zaman moden paling nyata dan menjadi punca kematian kelima tertinggi di dunia. Dianggarkan satu kematian berlaku dalam setiap 10 saat akibat kencing manis. diabetes 

Komplikasi kencing manis boleh dibahagi kepada dua iaitu : 

1) Mikrovaskular (membabitkan kerosakan salur kecil) seperti kerosakan mata dipanggil retinopati diabetis yang mengakibatkan pesakit hilang penglihatan, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf kaki dan meningkatkan risiko kaki dipotong. diabetes 

2) Makrovaskular (membabitkan salur darah besar) lebih mudah berlaku pada kadar 4 kali lebih tinggi berbanding komplikasi mikrovaskular. Kencing manis boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, penyakit vaskular periferal (PVD iaitu salur darah besar pada kaki). diabetes 

Pecahan komplikasi kencing manis : 

** 55% kematian kerana komplikasi jantung
** 13% kes kematian kerana paras gula tidak terkawal
** 13% kes kematian kerana kanser
** 19% kes kematian kerana lain-lain penyakit 

Perkara pertama perlu dilakukan untuk mengelak komplikasi ialah mengawal paras gula dan tekanan darah. Bagaimanapun, pesakit kencing manis yang turut mengalami masalah tekanan darah tinggi sukar mencapai paras gula dan tekanan darah yang disasarkan (selamat). 

Baca lagi...

Kencing manis tidak wujud sebagai satu penyakit tunggal, ia sering dikenalpasti bersama penyakit moden yang lain seperti sakit gout, masalah gastrik dan yang paling kerap dijumpai adalah masalah tekanan darah tinggi dan sakit jantung. Sebanyak 60 peratus kes-kes tekanan darah tinggi adalah wujud bersama masalah kencing manis. Jaid, mungkinkah tekanan darah tinggi menjadi penyebab penyakit kencing manis?

Kencing manis

Seseorang itu dikenalpasti menghidap masalah kencing manis apabila badan dia kehilangan kemampuan untuk mengawal tahap glukosa dalam darah. Untuk Kencing Manis Jenis 1, badan seseorang itu tidak dapat menghasilkan insulin yang diperlukan untuk menukar glukosa menjadi tenaga.

Manakala bagi pesakit kencing manis jenis 2 pula, badan pesakit tersebut bukan sahaja  tidak boleh menghasilkan insulin yang cukup, malahan insulin dihasilkan ditolak oleh sel-sel tubuh.

Sehingga kini, para saintis masih tidak dapat mengenalpasit penyebab khusus masalah kencing manis. Walau bagaimanpun, sebahagian factor penyebab telahpun  dikenalpasti. Kegemukan, kadar kolesterol yang tinggi dan cara pemakanan yang kurang sihat sudah dikenalpasti sebagai faktor risiko untuk kencing manis.

Hubung Kait Antara Tekanan Darah Tingi dan Kencing Manis

Salah satu factor umum bagi pesakit kencing manis dan tekanan darah tinggi adalah obesiti atau kegemukan. Tetapi, tekanan darah tinggi bukanlah penyebab langsung kencing manis, puncanya kepada kedua-dua penyakit ini adalah lemak dan kolesterol. Perkara ini menyusahkan hidup seseorang pesakit kencing manis. Tekanan darah tinggi boleh terjadi apabila dinding saluran arteri mengeras akibat daripada mendakan plak dan lemak.

Hal ini juga boleh menyebabkan kerosakan dan pembengkakan dinding kapilari darah yang menyempitkan aliran darah. Pengumpulan lemak dan pengaliran darah yang lambat mengganggu kelancaran sel-sel badan untuk menerima insulin.

Sel-sel badan mempunyai reseptor insulin berpaut dengan insulin yang membenarkan proses pengangkutan glukosa. Jika reseptor ini dihalang oleh pengumpulan lemak, sel-sel badan tidak akan menerima insulin dan glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan.


Sumber:

http://kencingmanis1001.blogspot.com/2013/04/kencing-manis-punca-sakit-jantung-darah_17.html