Langkah 1: Basuh kaki anda dengan menggunakan sabun terutama di celah-celah jari kaki setiap hari.
Langkah 4: Urut kaki anda termasuk celah-celah jari kaki dengan kerap menggunakan jari anda secara perlahan-lahan
Langkah 5: Gunakan sarung kaki jenis kapas supaya dapat menyerap peluh dan kering. Jangan pakai sarung kaki yang terlalu ketat kerana ianya boleh menghalang peredaran darah kaki anda. Sentiasa pakai sarung kaki yang bersih dan tukar setiap hari.
Langkah 6: Elakkan berkaki ayam di dalam rumah dan di luar rumah bagi mengelakkan kaki anda terpijak benda tajam atau panas.
Langkah 7: Pilih kasut yang lembut dan menutup kaki anda serta saiz yang sesuai.
Langkah 8: Lakukan pemeriksaan teliti sebelum menyarung kasut atau apa-apa kepada kaki anda untuk mengelakkan bahan yang boleh mencederakan kaki anda.
Langkah 9: Potong kuku jari kaki secara lurus dan tidak terlalu pendek. Jangan bulatkan bahagian tepi tetapi kikis pinggir kuku agar tidak tajam. Gunakan pengetip kuku untuk memotong kuku dan bukan peralatan tajam yang lain.
Langkah 10: Jangan rendam kaki anda lebih dari 5 minit. Gunakan air suam.
Langkah 11: Jangan duduk menyilang kaki untuk masa yang lama.
Langkah 12: Periksa kaki anda dengan teliti setiap hari di tempat yang terang. Periksa di celah-celah jari dan tapak kaki. Gunakan cermin jika perlu atau meminta bantuan orang lain. Periksa di celah-celah jari dan tapak kaki untuk mengesan:
- Rekahan pada kulit
- Calar
- Kudis/Bisul
- Bengkak
- Luka
- Lepuh
- Perubahan warna kulit
- Kematu(callus/corns/tinec)
Langkah 13: Luangkan beberapa minit sehari untuk berbaring atau duduk dengan meletakkan kaki di aras lebih tinggi daripada badan.
Hati-Hati!!
Selain dari komplikasi pada kaki, anda juga mudah mendapat komplikasi yang berbahaya seperti Strok(Angin Akhmar), Serangan Jantung, kerosakan buah pinggang dan buta. Anda perlu bertindak bijak, mengawal diabetes sebaik mungkin.